Tuesday, 10 December 2013

Garam Buluh Premier Drink

AsSalam..
hye my great & gojes lalink.. 

straight to the point.. today nak sharing tentang kebaikan Garam Buluh Premier Drink


Apa itu Garam Buluh Premier Drink..?

Garam Buluh menggunakan garam dijemur di bawah matahari yang berorganik dan 100% semulajadi sebagai ramuan utamanya. Garam ini diperolehi daripada air laut yang kaya dengan tenaga bijih-bijih bawah tanah Pulau Xiongjin dan Pulau Yanping yang terletak di Pantai Barat Korea. 


Garam semulajadi ini dimasukkan ke dalam buluh yang berusia tiga tahun, kemudian ditutup dengan tanah liat, dimasukkan ke dalam relau bagas, dan dibakar dengan pokok pine sehingga buluh dibakar menjadi serbuk dan ketulan garam buluh terbentuk. Selepas proses pembakaran, bahan berbahaya seperti logam berat dan kotoran yang ada dalam garam telah dineutralkan atau disingkirkan, manakala intipati pokok pine (resin pine, minyak pine) dan buluh (200 lebih jenis elemen surih yang diperlukan oleh badan) bercampur ke dalam garam dan menambahkan kandungan ion logam inorganik yang diperlukan oleh badan manusia seperti magnesium, kalsium, kalium, kuprum, ferum, zink dan sebagainya.


Apa perbezaan Garam Buluh Premier Drink dengan garam biasa?

Garam Buluh Premier Drink telah menyingkirkan bahan berbahaya terhadap badan (misalnya logam berat dan bahan kimia) dalam proses pembuatannya, pada masa yang sama meningkatkan nilai nutrisinya. Kebanyakan garam melalui pemprosesan kimia, kandungan natrium adalah lebih tinggi, justeru itu, pengambilan masa panjang akan memudaratkan kesihatan.

&, dont worry, Garam Buluh Premier Drink ni HALAL taw.. tak caya!! tengok ni..

uikkksss.. uolsss.. kanak-kanak & ibu mengandung pown boleh minum Garam Buluh Premier Drink ni taw.. but.. kene kurang kan lah sedikit pengambilan  ¼ hingga ½ bungkus.

pesakit tekanan darah tinggi jugak boleh mengamalkan Garam Buluh Premier Drink.. kandungan natrium dalam garam buluh adalah sangat rendah, tidak akan mempengaruhi tekanan darah. Manakala kandungan bahan mineral yang banyak dapat memperbaiki kesihatan badan.

Garam Buluh Premier Drink mempunyai sedikit bau yang kurang menyenangkan.. tetapi itu ialah bau semulajadi yang terhasil selepas pembakaran dengan buluh dalam proses pembuatannya. Yang paling fentin, ianya tidak membahayakan badan manusia.

Lebih menarik lagi, Garam Buluh Premier Drink ni boleh menggantikan garam gunaan harian.. sebab Garam Buluh Premier Drink ni kaya dengan bahan mineral dan elemen surih & dapat menggantikan garam biasa sepenuhnya.

Khasiat Garam Buluh Premier Drink
  • Garam Buluh Premier Drink (untuk yang mempunyai masalah sembelit, gemar makanan yang masam, pedas dan bersifat asid seperti daging)
  • Garam buluh kaya dengan bahan mineral, bersifat alkali dan membantu mencegah pengoksidaan badan yang mengakibatkan penuaan.-salah satupunca kegemukan adalah badan yang bersifat asid
  • pengambilan garam buluh boleh membantu anda menyeimbangkan pH badan supaya berada dalam julat pH badan yang sihat, iaitu 7.35 – 7.45 (sifat alkali lemah)


Ini dapat menjaga kesihatan usus, membantu penyerapan nutrien dan mencantikkan kulit!


Dengan mengambil secubit garam dan segelas air tubuh kita akan mencuci dengan sendirinya secara keseluruhan, sel-sel badan akan dikembalikan, semua proses kehidupan akan diharmonikan , disusun dan dikuatkan semula: dan banyak penyakit moden akan lenyap dalam masa itu dan dengan itu kehidupan kita akan menjadi lebih baik dan sihat.

Amalkan minum & makan dengan garam kerana ia adalah sunnah Rasulullah S.A.W.


No comments:

Post a Comment